Islah & Taghyir : Metode Manakah Lebih Berkesan?
Di tengah-tengah kenyataan hidup kaum Muslimin yang penuh penderitaan dan menyakitkan ini, terdapat banyak gerakan Islam yang muncul dan melakukan aktiviti untuk merubah kenyataan ini serta cuba memberikan alternatif bagi memperbaiki bahkan mengganti keburukan yang ada. Jika ditelusuri dengan jernih, di dalam gerakan-gerakan Islam ini terdapat dua jenis pemikiran dan aktiviti. Pertama, gerakan yang menjalankan dakwah serta ingin membina masyarakat Islam dengan menggunakan metode pembaikan parsial/sebahagian (islah). Mereka berusaha untuk mengislah atau mereformasi hal-hal yang sudah hancur serta memperbaiki perkara-perkara yang sudah rosak.
Kedua, yang menggunakan metode perubahan yang mendasar (taghyir) dan meyakini bahawa tidak ada kesudahannya sekiranya hanya memperbaiki (islah) realiti yang telah rosak dari pangkalnya itu. Tidak ada gunanya proses tambal sulam mahupun reformasi parsial. Apa yang perlu dilakukan adalah perubahan total (taghyir) dari akar umbinya. Perbezaan di antara dua kelompok ini mengakibatkan perbezaan di dalam memandang realiti yang ada dan usaha-usaha untuk mencari penyelesaiannya. Implikasi lainnya adalah, munculnya perbezaan di dalam gerakerja dan thariqah (jalan) dakwah.
Persoalannya, mana satukah jalan yang benar untuk diambil di dalam situasi sekarang? Dan yang lebih penting, apakah hukum syarak yang mesti diikuti dalam masalah ini? Untuk mengetahui jawapannya, maka kita hendaklah mengikuti metode berfikir Islam dan Islam sahaja. Ini kerana, seseorang itu tidak mungkin akan sampai kepada jawapan yang benar dari segi hukum syarak sekiranya dia mengambil metode berfikir sekular (yang mengecualikan hukum Islam dalam menyelesaikan masalah) atau sekiranya dia mencampur adukkan Islam dan kekufuran di dalam cara berfikirnya atau lebih buruk sekiranya dia menundukkan Islam kepada realiti di dalam menyelesaikan masalah. Metode yang benar dan diakui syarak adalah dengan kita memerhatikan realiti yang menjadi tempat kita beraktiviti, seterusnya mengistinbat (menggali) dalil-dalil syarak yang berkaitan dengan fakta atau realiti tersebut dan mengaplikasikannya ke atas realiti tersebut. Hanya dengan cara ini sahajalah, barulah kita akan mendapat jawapan yang benar sekali gus menundukkan realiti kepada Islam.
Islam adalah agama yang sempurna yang dapat menjawab setiap persoalan manusia sejak dari zaman Rasulullah SAW hinggalah ke hari Kiamat. Di dalam nas-nas syarak, dijumpai cara-cara islah ketika faktanya memang memerlukan islah. Allah SWT berfirman,
“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah (perbaikilah hubungan, islah) di antara kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat” [TMQ al-Hujurat (49):10].
Dijumpai pula cara-cara taghyir (perubahan total) apabila faktanya memang memerlukan taghyir. Firman Allah SWT,
“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah (taghyir) keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” [TMQ ar-Ra’d (13):11].
Begitu juga di dalam Al-Quran akan ditemui seruan (perintah) Allah yang berkaitan dengan individu, kelompok (gerakan) dan juga Negara (pemerintah). Dzat yang berhak menetapkan hukum atas semua itu adalah Allah SWT. Namun yang menentukan jenis dakwah (sama ada islah atau taghyir) adalah realiti yang ingin diislah atau ditaghyir. Taghyir boleh dilakukan terhadap individu, boleh juga ditujukan untuk merubah keadaan masyarakat atau merubah keadaan suatu bangsa atau umat dan juga Negara. Begitu juga dengan islah. Taghyir mesti dimulai dengan mengubah asas iaitu tempat di mana manusia atau masyarakat atau keadaan dibangun dengan asas tersebut. Ini adalah kerana, setiap pemikiran cabang, termasuk pemahaman-pemahaman yang membatasi/mengatur tingkah laku manusia dalam kehidupan ini di bangun di atas asas tersebut.
Bertolak dari asas ini serta apa pun yang berkaitan dengannya (baik berupa pemikiran cabang atau pun ranting), manusia boleh mencapai kebahagian atau penderitaan. Sesebuah umat juga boleh bangkit dan boleh mundur bertitik tolak dari asas ini. Asas yang menjadi landasan seseorang Muslim, gerakan/parti Islam, masyarakat Islam dan Negara Islam adalah aqidah Islam. Setiap aktiviti seseorang Muslim tidak boleh menyimpang dari asas ini (aqidah Islam). Begitu juga aktiviti jamaah dan Negara, tidak boleh menyimpang dari aqidah Islam dan segala konsekuensinya.
Mengenai islah pula, ia adalah perubahan yang menyangkut perkara cabang atau furu’, bukan asasnya. Asas yang ada dibiarkan, tidak diubah tetapi hanya dibersihkan sahaja dan eksistensi (dari asas itu sendiri) masih tetap diakui. Jika asasnya itu masih ada (masih aqidah Islam), akan tetapi muncul debu-debu kotor yang menutupi asas tersebut, berupa pemikiran-pemikiran salah yang mendominasinya, maka apa yang harus dilakukan dalam keadaan ini adalah islah bukan taghyir. Dengan kata lain, perlu dilakukan usaha untuk membersihkan debu-debu kekotoran tersebut, lalu menggilapnya agar kembali menyinari perkara-perkara cabang terutama di dalam penerapan praktis. Misalnya, seorang Muslim yang terpengaruh dengan tsaqafah Barat, asasnya masih lagi Muslim namun pemikirannya telah ditutupi dengan debu-debu kekufuran yang menebal.
Jadi, apa yang harus dilakukan terhadapnya adalah membersihkan atau menghilangkan segala kotoran yang menempel, agar ia kembali berfikir dengan benar (Islam) seterusnya memperbetulkan tingkah lakunya sebagai Muslim. Terhadap seorang Muslim yang terjerumus dalam perbuatan maksiat seperti mengambil riba, berzina dan sebagainya, apa yang harus dilakukan adalah memperkuatkan imannya sehingga wujud dorongan yang memacunya untuk bertakwa sekaligus berfungsi sebagai pengendali yang boleh mencegah dan menjaganya dari tindakan maksiat.
Berbeza jika kita ingin mengajak orang kafir masuk Islam, di mana dakwah kita kepadanya adalah dakwah yang bersifat taghyir kerana asas yang dimilikinya dan setiap perkara yang lahir dan terpancar dari asas tersebut adalah batil. Wajib mengganti asasnya dengan asas yang benar terlebih dahulu. Oleh kerana itu kita tidak boleh terus mengajak orang kafir untuk solat, sementara kita masih membiarkan asas (akidah) kufur yang dimiliki atau anutinya. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di dalam mengajak mana-mana sahabat yang sebelum itu masih lagi dalam keadaan kafir. Inilah yang dikehendaki oleh nas dan inilah juga yang ditunjukkan oleh realiti. Allah SWT memberitahu kepada kita bahawa Dia tidak akan menerima amal orang-orang kafir meskipun amal perbuatannya itu baik dan tidak ada seorang kafir pun yang masuk syurga kerana amalnya selama amal perbuatannya itu tidak dilakukan atas dasar iman yang dibawa oleh Islam. Allah SWT berfirman,
“Dan kami hadapkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan” [TMQ al-Furqan (25):23].
Apa yang dimaksudkan dengan “amal mereka” di sini ialah amalan mereka yang baik-baik yang mereka kerjakan di dunia di mana amalan tersebut tidak dibalas oleh Allah kerana mereka tidak beriman (tidak beraqidah dengan aqidah Islam).
Begitu juga amal perbuatan seseorang Muslim akan gugur apabila dia murtad atau keluar dari keimanan. Iman wajib menjadi asas kepada setiap perbuatan (amal). Apabila kita ingin mengajak seorang Muslim, maka dakwah kita kepadanya adalah dakwah yang bersifat islah kerana asas yang dimiliki Muslim itu masih benar. Kita wajib membersihkan segala kotoran yang menempel dalam diri seseorang Muslim yang menyebabkan cara berfikir dan perbuatannya menjadi rosak. Jadi, selama asas keimanan masih ada, maka dia hanya memerlukan perbaikan (islah) yang boleh mensucikan, seterusnya menguatkan serta menyuburkan keimanannya semula.
Jika hal itu telah tercapai, dengan sendirinya dia akan memiliki orientasi hidup yang benar dan akan berjalan di jalan yang lurus. Dengan demikian seorang Muslim yang meminum khamr, berzina, mencuri atau melakukan transaksi riba atau berdiam diri dari aktiviti dakwah untuk menegakkan agama Allah, maka orang semacam ini memerlukan pengubatan dalam bentuk islah yang akan membersihkan imannya. Dia mesti diingatkan kepada Allah SWT yang Maha Pencipta dan Maha Pengatur yang wajib disembah dan ditaati segala perintahNya. Ketika Al-Khaliq memerintah dan melarang, maka perintah dan laranganNya itu adalah untuk kebaikan dirinya sendiri di dunia dan akhirat.
Diingatkan pula kepadanya bahawa balasan bagi tindakan maksiat adalah dosa yang akan menjerumuskannya ke dalam neraka dan balasan bagi ketaatan adalah pahala dan syurga yang akan diperolehinya nanti pada hari Kiamat. Pemikirannya diarahkan kepada dahsyatnya hari Kiamat dan azab Jahanam serta nikmatnya syurga. Dengan demikian, keimamannya akan memacunya untuk melakukan ketaatan dan meninggalkan maksiat. Dengan cara seperti ini, tingkah laku seseorang Muslim boleh diluruskan kembali. Oleh kerana itu, tatkala kita berdakwah kepada kaum Muslimin sebagai para individu, wajib memperhatikan bahawa mereka itu adalah Muslim yang harus diperbaiki pemikiran dan tingkah lakunya.
Apa yang dapat diterapkan kepada individu juga dapat diterapkan kepada sesebuah gerakan atau Negara. Jika asas sesebuah parti itu adalah bukan Islam seperti parti kufur, parti sekular atau parti yang didirikan atas asas memperjuangkan bangsa, tanahair, feminisme, liberalisme dan seumpamanya, maka yang dilakukan adalah taghyir. Ini kerana, setiap perkara yang lahir dan terpancar darinya pasti batil. Wajib mengganti asasnya dengan asas yang benar (Islam). Bagi sesebuah Negara pula, asasnya dapat dilihat dari sejarah penubuhan dan Perlembagaannya. Sistem pemerintahan sesebuah negara adalah berdasarkan kepada Perlembagaan yang dimilikinya. Perlembagaan ini tentunya diambil dari sumber-sumber tertentu yang mana dibangun dari asas tertentu pula. Dengan mencermati Perlembagaan dan sistemnya, kita dapat menentukan apakah Negara itu adalah berasaskan aqidah Islam atau tidak.
Jika sesebuah Negara itu menjadikan Al-Quran dan Sunnah serta apa yang ditunjukkan oleh keduanya sebagai satu-satunya sumber untuk membuat Perlembagaan dan jika undang-undang yang terdapat di dalam Perlembagaan tidak keluar dari tuntutan wahyu, maka jika demikian keadaannya, Negara itu dianggap Daulah Islamiyyah. Apabila terjadi kerosakan di dalam Daulah Islamiyyah atau dijumpai adanya keburukan di dalam penerapan hukum, maka terhadap keadaan ini harus dilakukan usaha islah, bukan taghyir, kerana asas Negara masih benar. Keadaan ini seperti yang terjadi kepada Daulah Islam di masa pemerintahan beberapa orang Khalifah, termasuk semasa kekhilafah Turki Uthmani. Daulah Islam waktu itu memerlukan islah.
Dengan kata lain, walaupun ada keburukan di dalam penerapan, kaum Muslimin tidak boleh melakukan pembangkangan (khuruj) terhadap Negara, apatah lagi bekerjasama dengan orang-orang kafir Barat untuk menghancurkannya seperti yang dilakukan oleh Syarif Hussien. Muhasabah perlu dilakukan terhadap pemerintah agar kesalahan dapat dibetulkan, tetapi bukannya dengan merosakkan serta menukar Negara dari Negara Islam menuju Negara sekular seperti yang dilakukan oleh Mustafa Kamal Attartuk laknatullah.
Namun jika asas Negara bukan aqidah Islam, yakni aqidah Islam tidak menjadi asas Perlembagaan, undang-undang dan peraturannya, maka apa yang dituntut di sini adalah aktiviti taghyir, bukannya islah. Contohnya adalah keadaan negara-negara tempat di mana kaum Muslimin hidup sekarang ini. Negara-negara itu bukanlah Daulah Islamiyyah kerana peraturan-peraturannya bukan berdasarkan syariat Islam (meskipun mereka mengatakan bahawa agama rasmi negara adalah adalah agama Islam). Ini adalah kerana yang menjadi ukuran adalah penerapan, bukan sekadar perkataan (pengakuan). Untuk negara-negara seperti ini, maka asasnya perlu ditukar (taghyir) yakni dari negara sekular/kufur kepada Negara Islam (Khilafah) dan sekaligus menukar Perlembagaannya kepada Perlembagaan yang mengikuti dan mematuhi wahyu.
Dengan kata lain, selama mana Perlembagaan negara-negara yang memerintah kaum Muslimin sekarang ini tidak berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, maka realiti ini memerlukan aktiviti yang bersifat taghyir iaitu merubah secara fundamental segala peraturan dan kaedah-kaedahnya. Realiti ini tidak boleh diperlakukan dengan usaha islah yang bersifat tambal sulam, melainkan dengan usaha taghyir yang bersifat total (menyeluruh). Aktiviti apa pun yang dilakukan terhadap realiti seperti ini harus didasarkan kepada asas taghyir. Tindakan islah tidak boleh dilakukan kerana ia merupakan pengakuan secara tidak langsung terhadap kewujudan sistem non-Islam tersebut. Tambahan pula hal itu meyalahi tuntutan syarak yang harus dilakukan terhadap realiti tadi kerana di dalamnya terdapat penerapan hukum yang bukan berasal dari Allah. Hukum kufur yang diterapkan di dalam sesebuah negara kaum Muslimin itu wajib diganti (taghyir) kepada hukum Islam, bukannya diperbaiki.
Oleh kerana tidak memahami dalil dengan benar, maka kita melihat banyak gerakan Islam yang cuba memperbaiki sistem dengan asas islah, telah berusaha untuk menyesuaikan diri dengan sistem tersebut dan berusaha untuk masuk menjadi sebahagiannya darinya, sehingga pemikiran-pemikiran yang dilontarkan oleh gerakan-gerakan tadi bersifat parsial dan selaras dengan realiti yang ingin diperbaikinya secara islah tadi. Gerakan-gerakan seperti ini berusaha untuk menciptakan jalur-jalur hubungan pemikiran yang dianggap boleh dijadikan titik awal untuk melakukan ‘hubungan’ antara gerakan-gerakan itu dengan pemerintah. Pemikiran-pemikiran yang dilontarkan oleh gerakan-gerakan ini ‘disesuaikan’ dan dilaraskan dengan keadaan Negara tempatnya beraktiviti. Mereka berusaha mewarnainya dengan celupan Islam, sedangkan substansinya tetap tidak Islami, agar tampil dengan baju Islam tanpa menyentuh substansinya. Di sinilah muncul satu kefahaman dan usaha yang merbahaya di mana Islam ditundukkan kepada realiti yang ada. Islam diubah agar sesuai dengan realiti, bukannya realiti yang diubah agar mengikut Islam.
Kita boleh melihat sebagai contoh di dalam negara Malaysia yang sekular ini, berapa banyak parti/gerakan Islam yang masih tetap mempertahankan Perlembagaan kufur yang dicipta oleh penjajah. Mereka tetap tunduk dan tidak mahu merubah Perlembagaan. Jika mereka tidak berpuas hati sekalipun, mereka hanya mahukan sedikit pindaan/pembaikan (islah) dilakukan kepada Perlembagaan, bukannya menukar (taghyir) Perlembagaan. Begitu juga contohnya dengan mahkamah yang ada. Mereka (gerakan Islam) yang bergerak atas dasar islah ini tetap mengakui sistem mahkamah yang ada walaupun ia jelas merupakan sistem dan bentuk mahkamah kufur yang diwarisi dari penjajah. Mahkamah dianggap zalim (tetapi tidak perlu ditukar) sekiranya memutuskan berdasarkan ‘kehendak’ badan Eksekutif.
Namun mahkamah akan dianggap ‘adil’ dan ‘okay’ apabila memutuskan berdasarkan undang-undang yang ada tanpa campurtangan dari badan Eksekutif. Mereka tidak nampak bahawa mahkamah yang ada adalah mahkamah sivil (kufur) warisan penjajah yang membicarakan segala kes berdasarkan undang-undang buatan manusia, bukannya undang-undang Allah. Mereka tidak nampak bahawa sistem mahkamah itu secara keseluruhannya wajib ditukar (taghyir), bukannya diperbaiki (islah) kerana keseluruhannya bertentangan dengan Islam dan segala keputusan mahkamah sebenarnya tidak akan pernah adil selagi mahkamah tidak berhukum dengan hukum Islam. Mereka tidak nampak ini semua.
Pemikiran yang dilontarkan oleh gerakan Islam yang menginginkan islah ini sama sahaja di mana-mana negara di dunia. Ini semua adalah ‘hasil’ dari keadaan yang diciptakan oleh kafir penjajah terhadap kaum Muslimin di negeri-negeri kaum Muslimin yang mereka jajah. Oleh kerana itu, kita melihat orientasi dan aktiviti gerakan Islam di dalam meraih penyelesaian terhadap keadaan tersebut adalah lebih kurang sama dan seragam. Objektif utama dari penjajahan Barat ke atas negeri-negeri kaum Muslimin adalah menjauhkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber undang-undang hidup kita, sama ada secara individu, berjemaah mahupun bernegara. Objektif seterusnya adalah memastikan agar pemerintah dan umat Islam akan terus kekal meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah dari kehidupan, walaupun setelah mereka (Barat) keluar dari negeri-negeri kita. Barat telah berjaya melakukan taghyir ke atas negara umat Islam yang dijajahnya di mana Barat berjaya menukar Negara Islam menjadi Negara kufur/sekular dan dari menerapkan undang-undang Islam kepada menerapkan undang-undang kufur.
Sungguh malang apabila masih ramai di kalangan umat/gerakan Islam yang tidak nampak hakikat ini dan tidak mahu menukar kembali (taghyir) apa yang telah Barat lakukan ke atas kita semua, namun hanya memilih jalan untuk memperbaiki (islah) sahaja apa yang Barat tinggalkan. Ingatlah wahai kaum Muslimin bahawa Rasulullah SAW telah berusaha melakukan taghyir di kota Mekah selama 13 tahun dari sistem kufur menuju sistem Islam dan baginda telah berjaya menukar (taghyir) dan menggabungkan Mekah menjadi Negara Islam setelah sebelumnya berjaya menegakkan Negara Islam di Madinah juga dengan jalan taghyir. Jalan taghyir inilah yang wajib diikuti oleh kita semua di dalam menggantikan sistem dan negara kufur ini kepada Negara Islam (Khilafah). Wallahu a’lam.

![Islah & Taghyir : Metode Manakah Lebih Berkesan?

Sungguh malang apabila masih ramai di kalangan umat/gerakan Islam yang tidak nampak hakikat ini dan tidak mahu menukar kembali (taghyir) apa yang telah Barat lakukan ke atas kita semua, namun hanya memilih jalan untuk memperbaiki (islah) sahaja apa yang Barat tinggalkan. Ingatlah wahai kaum Muslimin bahawa Rasulullah SAW telah berusaha melakukan taghyir di kota Mekah selama 13 tahun dari sistem kufur menuju sistem Islam dan baginda telah berjaya menukar (taghyir) dan menggabungkan Mekah menjadi Negara Islam setelah sebelumnya berjaya menegakkan Negara Islam di Madinah juga dengan jalan taghyir. Jalan taghyir inilah yang wajib diikuti oleh kita semua di dalam menggantikan sistem dan negara kufur ini kepada Negara Islam (Khilafah). Wallahu a’lam.](https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/s526x395/1374209_721519717863144_1553925013_n.jpg)
![Malaysia : Negara Islam Atau Sekular?
Kecelaruan Takrif
Mutakhir ini kita melihat hasrat umat untuk kembali semula kepada Islam semakin meningkat. Arus kebangkitan Islam telah mengalir di mana-mana dan menyapu apa-apa sahaja yang menghalang laluannya. Rata-rata umat Islam sudah mula nampak bahawa keburukan yang membelenggu mereka selama ini adalah berpunca dari sistem sekular yang busuk. Kebangkitan ini dapat dilihat telah menjadi ancaman kepada mereka yang memegang tampuk kekuasaan. Justeru, agar tidak ditolak oleh kebangkitan rakyat yang mahukan Islam, maka golongan ini terpaksa merubah ‘haluan’ mereka agar nampak lebih ‘Islami’. Tindakan ini perlu agar mereka dilihat sejalan dengan arus (Islam) yang menerpa dan dalam masa yang sama mereka boleh kekal di kerusi pemerintahan. Padahal, pada hakikatnya, mereka boleh terus kekal di kerusi pemerintahan hanya dengan membuang sistem sekular dan menggantikannya dengan hukum-hakam Islam. Sekiranya mereka melakukan perkara ini, InsyaAllah seluruh umat Islam akan mendokong pemerintahan mereka. Malangnya mereka ternyata lebih rela membenarkan dunia yang fana’ ini membelenggu mereka.
Dalam mengubah ‘haluan’ ini, pelbagai kekeliruan ditimbulkan dalam penggunaan istilah seperti ‘sekular’ dan ‘Negara Islam’. Istilah-istilah ini ditakrif mengikut kehendak sendiri tanpa bersandarkan fakta dan dalil yang sahih. Oleh itu, kita menyaksikan pada hari ini banyak konsep, definisi dan istilah-istilah Islam yang sebelum ini begitu jelas menjadi kabur, keliru, terseleweng dan yang lebih teruk, hilang dari kamus kaum Muslimin. Walaupun istilah hudud telah dikenali ramai, namun istilah-istilah seperti ta’zir, ghanimah, jizyah, khumus, siyasah, kharaj, usyur, darul harb, darul islam dan banyak lagi ternyata kabur, malah sebahagian dari umat Islam sendiri langsung tidak memahaminya. Istilah seperti khalifah, syura, wali, jihad dan sebagainya pula telah diselewengkan sehingga lari dari maknanya yang sebenar dari segi syara’. Inilah juga apa yang telah terjadi dengan istilah Darul Islam (Negara Islam) di mana ramai umara’ dan ulama sekarang memberikan maksud baru Negara Islam yang begitu asing dari Islam, sehingga ada yang membolehkannya diterjemah mengikut acuan sendiri.
Maksud ‘sekular’ juga telah dipolemikkan sehingga umat terjerat dengan pelbagai tafsirannya. Ada yang cuba memesongkan maknanya dengan mengatakan bahawa ‘kita mesti memahami istilah sekular bukan sebagaimana takrifan Barat’ yang seolah-olah menjelaskan ‘sekular’ boleh ditakrifkan dengan maksud yang baik, jika tidak mengikut Barat. Ada yang mengatakan sekular bermaksud tidak mempercayai hari kiamat dan hisab di akhirat. Manakala sebahagian umat Islam yang lain hanya nampak sekular membawa erti politik yang dipisahkan dari agama. Justeru, adalah perlu untuk kita mencerahkan kembali kekaburan penakrifan sekularisme dan Negara Islam memandangkan telah berlaku pelbagai tafsiran mengikut kepentingan yang tersasar jauh dari maksud sebenar istilah-istilah ini.
Malaysia Dan Sekularisme Sesungguhnya Barat adalah penganut dan pengembang Ideologi (mabda’) Kapitalis yang menjadikan sekularisme sebagai akidah mereka. Kelahiran mabda ini bermula pada saat kaisar (caesars) dan raja-raja di Eropah menjadikan agama sebagai alat untuk memeras, menganiaya dan menghisap darah rakyat. Para pemuka agama (gereja) waktu itu, dijadikan perisai untuk mencapai keinginan mereka. Maka timbullah pergolakan sengit, yang kemudian membawa kepada kebangkitan ahli falsafah dan cendekiawan. Sebahagian mereka mengingkari adanya agama secara mutlak, sedangkan yang lainnya mengakui adanya agama, tetapi menyeru agar ia dipisahkan dari kehidupan dunia. Sampai akhirnya, pendapat majoriti dari kalangan ahli falsafah dan cendekiawan itu lebih cenderung memilih idea untuk memisahkan agama dari kehidupan yang kemudiannya menghasilkan usaha pemisahan antara agama dengan negara. Jika dahulu agamalah yang menjadi penentu di dalam kehidupan, sekarang, telah disepakati agar agama tidak diperhitungkan lagi dalam kehidupan ini. Maksudnya, seseorang boleh menerima mahupun menolak agama (atau Tuhan) selama mana ia (agama) tidak campurtangan dalam kehidupan.Pokoknya, agama itu harus dipisahkan dari kehidupan dan kehidupan mesti ditentukan sendiri oleh manusia.
Idea ini dianggap sebagai kompromi (jalan tengah) antara pemuka agama yang mengkehendaki segala sesuatu itu harus tunduk kepada mereka (atas nama agama) dengan para ahli falsafah dan cendekiawan yang mengingkari adanya agama. Jadi, idea sekularisme ini sama sekali tidak mengingkari atau menolak adanya agama, cuma ia tidak menjadikan agama berperanan dalam kehidupan. Ini menjadikan agama hanya sekadar ‘formaliti’ belaka, kerana sekalipun mereka mengakui kewujudannya, namun pada dasarnya mereka menganggap bahawa kehidupan dunia ini tidak ada hubungannya dengan agama. Justeru, kita menyaksikan bahawa sesiapa yang mahukan agama, maka mereka akan pergi ke gereja-gereja untuk ‘berhubung’ dengan Tuhan mereka tetapi apabila mereka (di luar gereja) melakukan aktiviti jual beli, mengambil riba, sewa-menyewa, mencuri, membunuh, berzina dan sebagainya, maka segala peraturan dalam hal ini ditentukan oleh mereka sendiri tanpa ada ketentuan atau ‘hubungan’ dengan Tuhan. Penentuan jenis hukuman, terpuji dan tercela, halal dan haram dan sebagainya berada di tangan manusia dan boleh diubah mengikut kehendak manusia. Dengan kata lain, mereka meyakini bahawa peraturan kehidupan tidak ada ‘hubungan’ dengan Tuhan, kerana agama hanyalah berperanan dalam mengatur ‘hubungan peribadi’ seseorang itu dengan Tuhannya sahaja.
Setelah mereka sepakat untuk memisahkan agama dari kehidupan, maka timbullah persoalan bagaimana untuk mengatur kehidupan manusia, apakah yang harus dilakukan dan apakah tolok ukur yang akan digunakan. Dari sini timbullah idea demokrasi yang dianut oleh ideologi ini yang berasal dari pandangannya bahwa manusialah yang berhak membuat peraturan (undang-undang). Menurut keyakinan mereka, rakyat adalah sumber kekuasaan. Rakyatlah yang berhak membuat undang-undang dan setiap orang bebas berpendapat dan berbuat sesuka hati di dalam mengatur kehidupan ini. Oleh kerana ada terlalu ramai manusia dan ini menyukarkan proses untuk membuat sesuatu peraturan atau mengambil keputusan, maka mereka menetapkan agar dilantik wakil (rakyat) dan diambil suara majoriti di dalam apa jua keputusan. Dengan ini, mereka boleh menggubal, meminda dan menghapuskan mana-mana undang-undang semahu mereka berdasarkan kaedah atau kehendak majoriti tadi. Inilah konsep sekular yang mereka terapkan di dalam negara mereka. Kemudian, apabila mereka menjajah negeri-negeri umat Islam, konsep inilah yang mereka bawa dan terapkan di dalam negeri umat Islam sehingga kita saksikan sekarang di seluruh dunia Islam termasuk Malaysia, konsep sekularisme, iaitu konsep memisahkan agama dari kehidupan ini (faslud deen’ anil hayah), telah diterapkan dengan baik dan sempurnanya.
Terlalu banyak bukti yang menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara sekular dan golongan bukan Islam benar-benar memahami akan hakikat ini. Sebab itulah mereka boleh mendatangkan fakta yang tidak dapat disangkal membuktikan yang Malaysia adalah sebuah negara sekular. Malangnya, dengan hanya pengisytiharan oleh seorang pemimpin, banyak pihak cuba menegakkan benang yang basah. Dalam ruangan yang serba sempit ini, kami paparkan sedikit bukti baik secara normatif, empirik mahupun historis yang dapat disaksikan oleh setiap orang yang mempunyai penglihatan dan pendengaran berkenaan hakikat Malaysia sebagai sebuah negara sekular:
(i) Bukti Normatif:
Perlembagaan Persekutuan yang digubal oleh sikafir Lord Reid adalah bukti yang paling jelas meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara demokratik, sekular dan berbilang agama dengan kedudukan Islam hanyalah sebagai agama rasmi. Ini diperjelaskan lagi dari peristiwa semasa majlis sambutan harijadi Tunku Abdul Rahman yang ke-81 pada tahun 1983 di mana beliau menegaskan
“Perlembagaan mestilah dihormati dan diikuti. Pernah adanya percubaan oleh segelintir orang untuk cuba memperkenalkan undang-undang agama dan undang-undang moral. Ini tidak dibenarkan. Negara ini mempunyai penduduk berbilang kaum dengan pelbagai kepercayaan. Malaysia mesti terus kekal sebagai negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi”.
Dari sudut ekonomi pula, sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia adalah sistem ekonomi Kapitalis di mana riba menjadi tunjang kepada banyak aktiviti perdagangan, khuususnya perbankan. Judi dan arak dibenarkan dengan hanya memberikan satu tauliah yang dipanggil ‘lesen’. Hak umum rakyat yang wajib disediakan secara percuma oleh pemerintah seperti pendidikan, kesihatan, petrol, air, jalanraya dan lain-lain dikenakan bayaran sesuka hati oleh pemerintah. Ada yang berdalih dengan mengatakan Malaysia adalah negara Islam dengan adanya Bank Islam, pajak gadai Islam (ar-Rahn), universiti Islam dan sebagainya. Mereka jahil bahawa penerapan ‘nilai-nilai’ Islam di dalam sistem Kapitalis tidak sekali-kali menjadikan sistem itu Islam, sebagaimana jika kita melihat Ah Chong atau Muthusami menutup aurat seperti yang dituntut oleh Islam tidaklah menjadikan mereka Muslim.
(ii) Bukti Empirik:
Bukti empirik pula boleh dilihat dengan jelas dari peruntukan Perlembagaan dan undang-undang yang diterimapakai dan diterapkan di negara ini. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa ia adalah undang-undang tertinggi negara dan mana-mana undang-undang yang diluluskan bertentangan dengan Perlembagaan, maka ia secara otomatik akan terbatal. Peruntukan ini telah meletakkan Al-Quran di bawah (lebih rendah dari) Perlembagaan dan dengan sendirinya menafikan kedudukan Al-Quran dan Hadis yang sepatutnya menjadi undang-undang tertinggi (dan satu-satunya undang-undang) bagi negara. Kewujudan dua sistem mahkamah (sivil dan syariah) mengukuhkan lagi hakikat yang Malaysia adalah negara sekular. Dari sudut pemerintahan pula, sistem yang dilaksanakan adalah Demokrasi berparlimen – sebuah sistem (sekular) yang dicedok sepenuhnya dari penjajah British. Mengikut ajaran dan amalan sekular, segala undang-undang hendaklah dibuat oleh manusia dan hak Allah sebagai As-Syari’ (Pembuat Undang-Undang) hendaklah diketepikan. Jadi, jika majoriti manusia bersetuju untuk tidak berhukum dengan hukum Allah, maka ini adalah sah menurut amalan demokrasi-sekular. Pendek kata, undang-undang boleh digubal, dipinda atau dihapuskan sesuka hati oleh manusia hanya dengan undi majoriti. Di sinilah peranan agama dinafikan secara total di dalam menentukan kehidupan.
(iii) Bukti Historis:
Hasil dari penjajahan kafir British ke atas Tanah Melayu yang sebelumnya pernah berada di bawah pemerintahan Islam, undang-undang Barat yang berasaskan sekular telah diperkenalkan. British telah memaksa umat Islam menerima undang-undang mereka. Penggantian undang-undang ini tercatat dalam sejarah penentangan hebat oleh para ulama di Tanah Melayu. Penentangan Naning (1831-1832) yang dipimpin Dol Said bermula apabila penjajah memaksa kes jenayah diselesaikan mengikut undang-undang British. Apabila Undang-undang 99 berteraskan Islam diketepikan penjajah, peristiwa ini telah memunculkan penentangan di Perak. Di Kelantan pula, penentangan berlaku apabila British melaksanakan undang-undang berkenaan cukai hasil. Ia dipimpin Tok Janggut (Haji Mat Hassan) dan Engku Besar Jeram dan dibantu oleh Haji Said, Penghulu Adam dan Ishak Merbau di Pasir Puteh. Di Terengganu, gerakan dimulakan oleh Sultan sendiri, kemudian oleh Hj Abdul Rahman Limbong, Haji Musa Abdul Ghani Minangkabau, Syed Saggot dan Tok Janggut (Lebai Deraman). Di Pahang, Dato’ Bahaman, To’ Gajah, Mat Kilau, Mat Kelubi, Panglima Muda Jempul, Mat Lela dan lain-lain telah bangkit meniupkan jihad melawan British yang telah memaksa pelaksanaan undang-undang British menggantikan undang-undang Islam di Tanah Melayu. Namun, penjajah berjaya menguasai politik Tanah Melayu dengan kelicikan dan kekuatan mereka. Sejak itu urusan pemerintahan diurus dengan undang-undang British dan merekalah yang menentukan perjalanan pentadbiran dan pemerintahan berdasarkan sistem sekular mereka yang diwarisi sehingga ke hari ini.
Definisi ‘Dar’ (Negara) Islam
Istilah Negara Islam (Darul Islam) adalah istilah syara’. Negara Islam menurut syara’ adalah suatu wilayah yang melaksanakan hukum–hakam Islam dan keamanan wilayah tersebut berada di tangan Islam, iaitu di bawah kekuasaan dan kekuatan kaum Muslimin, walaupun majoriti penduduknya bukan Islam. Oleh itu, untuk menentukan keadaan sebuah wilayah, apakah termasuk Negara Islam atau Negara Kufur, bukanlah negeri atau penduduknya yang diambil kira, tetapi undang-undang di wilayah tersebut dan keamanannya. Apabila hukum (undang-undang) yang diterapkan oleh suatu wilayah adalah Islam dan keamanannya berada di tangan kaum Muslimin, maka wilayah seperti inilah yang disebut Darul Islam atau Negara Islam. Sedangkan apabila hukum-hakam (undang-undang) yang diterapkannya adalah undang-undang kufur dan keamanannya tidak berada di tangan kaum Muslimin, maka wilayah demikian disebut Darul Kufur atau Darul Harb. Pengertian ‘dar’ ini diambil dari sebuah hadis riwayat Sulaiman ibnu Buraidah yang di dalamnya tercantum:
“Serulah mereka kepada Islam, maka apabila mereka menyambutnya, terimalah mereka dan hentikanlah peperangan atas mereka, kemudian ajaklah mereka berpindah dari negerinya (yang merupakan darul kufur) ke darul muhajirin (darul Islam yang berpusat di Madinah) dan beritahulah kepada mereka bahawa apabila mereka telah melakukan semua itu, maka mereka akan mendapatkan hak yang sama sebagaimana hak kaum muhajirin dan juga kewajiban yang sama seperti halnya kewajiban kaum muhajirin.” [HR Muslim]
Hadis ini menyatakan dengan jelas wujudnya pembezaan antara Darul Islam dan Darul Kufur. Hadis ini menunjukkan bahawa apabila mereka tidak berpindah, maka hak mereka tidak sama dengan kaum muhajirin iaitu orang-orang yang telah berada di Darul Islam. Dengan demikian, hadis ini sesungguhnya telah menjelaskan perbezaan hukum (undang-undang) antara orang yang telah berhijrah dan yang tidak. Darul Muhajirin adalah Darul Islam pada zaman Rasulullah dan selainnya adalah Darul Kufur. Dari sinilah diambil istilah Darul Islam dan Darul Kufur atau Darul Harb. Jadi, penambahan kata Islam, kufur atau harb pada “Dar” adalah mewakili sistem hukum (undang-undang) dan pemerintahannya. Oleh kerana itu untuk menggunakan istilah ‘dar’ atau ‘negara’, ianya selalu dikaitkan dengan penguasa iaitu berkenaan:
(1) pemeliharaan kepentingan umat mengikut undang-undang tertentu dan (2) kekuatan (negara) yang menjaga/membela rakyat serta melaksanakan undang-undang tersebut, iaitu faktor keamanannya.
Dari sinilah dua syarat yang disebutkan di atas ditekankan. Selain itu mengenai syarat penerapan hukum-hukum, ia digali dari dalil al-Quran dan juga Sunnah. Firman Allah:
“Barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir” [TMQ al-Mai’dah (5):44].
Dalam Hadis riwayat ‘Auf ibnu Malik mengenai kedudukan pemimpin-pemimpin zalim, tercatit sebahagian di dalamnya:
“...ditanyakan oleh para sahabat: ‘Wahai Rasulullah tidakkah kita perangi saja mereka itu dengan pedang?’ Baginda menjawab: ‘Tidak selama mereka masih menegakkan solat (maksudnya menerapkan hukum-hukum Islam) di tengah-tengah masyarakat”.
Terdapat juga hadis riwayat Ubadah ibnu Samit mengenai bai’at aqabah, di mana katanya:
“Dan hendaknya kami tidak menentang kekuasaan penguasa kecuali (sabda Rasulullah:) ‘Apabila kalian melihat kekufuran yang bersifat terang-terangan, yang dapat dibuktikan berdasarkan keterangan dari Allah.”.
Di dalam riwayat Imam Thabrani disebut ‘kekufuran yang jelas’ (surahan). Manakala syarat keamanan mestilah keamanan Islam, yakni di bawah kekuasaan kaum Muslimin, ini diistinbat dari firman Allah:
“Dan Allah (selama-lamanya) tidak memberi hak bagi orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang mukmin” [TMQ an-Nisa’ (4):141].
Ayat ini bermaksud tidak boleh memberi ruang kepada orang-orang kafir untuk berkuasa atas orang-orang Mukmin. Ini adalah kerana dengan memberikan kekuasaan kepada mereka bererti menjadikan keamanan kaum Muslimin berada di bawah kekuasaan mereka (kufur) bukan di bawah kekuasaan Islam. Keadaan ini boleh dilihat di negara kaum Muslimin saat ini seperti Pakistan, Afghanistan, Arab Saudi, Kuwait, Libya dan banyak lagi yang mana pemimpin mereka nyata-nyata tunduk di bawah rejim kafir Amerika. Walaupun (kerana keterbatasan ruang) kami tidak dapat mengungkapkan semua nas, namun berdasarkan nas yang qat’i dari al-Quran dan Hadis, ternyata pada hari ini, tidak ada satu negarapun di dunia ini, termasuk Malaysia yang layak disebut negara Islam. Namun perlu difahami bahawa istilah negara sekular atau negara kufur bukanlah membawa maksud penduduknya juga semua sekular atau kufur. Istilah ini merujuk kepada ‘negara’ bukan ‘individu’nya. Adapun untuk individu, perlu dilihat kepada akidah dan pemikiran yang dimilikinya untuk menentukannya samada ia adalah seorang Muslim, kafir atau sekular.
Kita mengetahui bahawa Negara Islam adalah Negara Khilafah dan inilah bentuk negara dan pemerintahan yang diwariskan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada para sahabat baginda serta generasi sesudah mereka hingga ke hari kiamat. Kita juga mengetahui bahawa Negara Khilafah ini telah runtuh kira-kira 83 tahun yang lalu, tepatnya pada tanggal 3 Mac 1924 dan sejak itu hingga sekarang, Negara Khilafah ini masih belum muncul kembali. Sedarlah wahai saudaraku bahawa tidak ada satu negara kaum Musliminpun, termasuklah Malaysia, yang boleh diberi status Negara Islam. Seluruh tanah kaum Muslimin telah mewarisi bentuk pemerintahannya dari penjajah kuffar, bukannya diwarisi dari Rasulullah. Justeru itu, bangkitkanlah kalian untuk menunaikan kewajiban kalian mengembalikan semula, melalui tariqah Rasulullah, Negara Khilafah yang merupakan satu-satunya Negara Islam yang sebenar](https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/p526x296/1240128_721519967863119_1596569581_n.jpg)